Cara Sebenar Menggunakan SFC Dalam Windows

SFC” atau “System File Checker” adalah alat (tool) yang terdapat dalam sistem operasi Windows yang digunakan untuk memeriksa dan membaiki fail sistem yang rosak atau hilang. Pastikan anda mempunyai akses sebagai pentadbir untuk menjalankan perintah ini. Untuk menggunakan alat ini, anda perlu mengikuti langkah-langkah berikut:

Sebelum mula, pastikan Command Prompt, Powershell atau Terminal dijalankan dalam mod Administrator!

  1. DISM
    i) Periksa image Windows untuk sebarang isu (tanpa pembaikan):
    DISM /Online /Cleanup-Image /CheckHealth

    ii) Lagi imbasan lanjutan:
    DISM /Online /Cleanup-Image /ScanHealth

    iii) Perbaiki masalah:
    DISM /Online /Cleanup-Image /RestoreHealth
    (Kadangkala berkemungkinan akan stuck atau hang, tunggu sahaja sehingga selesai)

    iv) Guna image offline:
    DISM /Online /Cleanup-Image /RestoreHealth /Source D:\Sources\install.esd
    Untuk mematikan kemaskini Windows semasa imbasan, tambahkan (/LimitAccess).
    Pastikan anda tahu sources di mana. Tukar command diatas mengikut keperluan dan kedudukan
    sumber (sources).
  2. SFC
    i) Hanya untuk verify:
    sfc /verifyonly

    ii) Untuk pembaikan:
    sfc /scannow

    iii) Restart komputer.

Semoga bermanfaat!

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


Scroll to Top