
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera…
Selamat Datang saya ucapkan kepada pembaca² yang dihormati. Sedikit info mengenai diri saya. Seorang muslim, suami dan bapa yang serba sederhana. Dianugerahkan dengan seorang isteri dan tiga orang cahaya mata sebagai penyeri hidup, tanggungjawap dunia akhirat. Menyertai arena blogging disekitar tahun 2010 dan masih bertatih. Tiada latar belakang akademik dalam bidang IT mahupun pembangunan web. Hanya berbekalkan semangat, minat dan perasaan ingin tahu. Senantiasa mengambil iktibar dan penambahbaikan atas apa yang berlaku dengan kemampuan dan sumber yang ada.
Mula berjinak-jinak dengan pembangunan laman web setelah pertama kali berjaya memasang CMS Drupal pada hosting percuma. Setelah bermacam-macam trial and too many errors, saya mengambil keputusan untuk membina laman web di hosting berbayar dengan menggunakan CMS glFusion yang fungsinya ternyata lebih AIO dan customizable. Maka, dengan rasminya wujudlah laman web ini pada tahun 2016 secara aktif sehingga kini.
Selain daripada menulis blog secara sambilan, saya juga merupakan pengedar sah bagi talian prabayar ONEXOX dengan ID DYSD10764 dan perniagaan emas fizikal terkemuka iaitu Public Gold dengan ID PG024585. Jika anda berminat untuk menjadi pengguna ONEXOX atau Public Gold, klik sahaja pada ID saya yang akan membuka kepada page pendaftaran. Untuk pertanyaan lanjut tentang produk dan perkhidmatan diatas, boleh hubungi saya di talian +6019695satu4lapan2. Terima kasih atas sokongan.
Oklah, setakat ini sahaja intro yang mampu saya persembahkan. Diharap anda semua mendapat “sesuatu” yang baik-baik belaka kalau tersinggah dan meluangkan masa disini. Jika terdapat sebarang pertanyaan mahupun kritikan, jangan segan untuk komen atau menghubungi saya secara terus melalui aplikasi WhatsApp. Insya Allah, anda akan dilayan dengan penuh hormat jika kena dengan caranya.